Monday, March 21, 2011

Rama-rama di dalam perut

Assalamualaikum WBT. Tajuk post kali ini memang betul betul berkaitan dengan saya. Sebab apa? Mestilah sebab rabu ni punya pasal -.-' Takpalah, nak lupakan kejap pasal tu. Janji cuak tahap tak tau nak cakap apaaa. Okay dah.

Kali ini saya ingin meng-upload beberapa gambar yang mungkin boleh memalukan adik Farah Anis kita. Ngehngeh. Okay, mari kita flashback ke zaman program sahsiah dan jati diri pada tahun 2009. Ke last year? Okay serious lupa bila program tu. Time tu saya dilantik menjadi fasilitator untuk satu group ni. Dalam group tu ada farah anis. Time tu saya tak kenal dia, tapi saya kenal kawan dia si tasha tu hihi. Ahaa, baru baru ni, saya dan kakak saya kemas kemas almari buku. Nak buang mana buku yg taknak dah. Pastu tetiba jumpa banyak gilaaaaa khazanah yg tak diteroka hihi. Antaranya, birthday card, surat cinta hihi, kertas main conteng conteng time form 4 dgn cheyah, mia, aten n caer, pastu terjumpa satu kertas mahjong ni. Ngehngeh :) 

Ni adik adik group saya yang buat. Rasanya semua ni farah yang lukis jugak kot. Kan fara kan? Hehe. Time ni kitorang kena lukis sekolah idaman kot. Lupalah nama aktiviti ni apa hehe. 

Kat Malaysia nanti adalah sekolah camni 


Haa, ni farah tulis, confirm, nama pun semangat nak letak atas sekali, sampai nama saya pun salah eja  :P


Ehem, ni pun haritu terjumpa terselit kat celah buku time kemas kemas tu. Serious tergelak bila baca balik cerita yang farah tulis tu haha. Card merah ni kan, fara, aten dengan arisya conteng conteng time petang petang kat sekolah. Time tu tengah bulan puasa. Dah lama gila kan card ni? Tak salah saya time tu saya balik awal. Dulu kalau balik awal mesti asyik kena marah je dengan aten sebab mcm taknak teman dia konon konon study tu, padahal lepas sekolah rutin kitorang, pegi surau nak solat, makan kat kelantan atau bogon atau beli roti kat de walid pastu kalau tengah miskin atau malas beli je keropok lekor seringgit dapat sepuluh dan air kelapa seringgit. Kenyang, hasilnya? Tak study. Tido. Berborak untuk menghilangkan rasa mengantuk. Card ni menunjukkan dorang bertiga bukan study untuk pmr mahupun spm, tapi tengah malas nak belajar, jadi buat kerja tak berfaedah seperti ni hehe. Terima kasih daun keladi sebab tinggalkan card ni kat bawah meja saya senyap senyap hihi.

Ni subject science form3 dan biology utk form5. 
*Click picture to enlarge



Serioushit tergelak bila baca balik haha
*click picture to enlarge

Okay, good night. Rama rama dalam perut ni haih.

No comments:

Post a Comment