Monday, March 14, 2011

Saya Suka Maria Elena

Tajuk post memang tak berapa nak ada kaitan dengan isi.


Sejak kebelakangan ni, saya macam dah semakin TAK PAHAM tengok segelintir perempuan yang pakai tudung semata mata kerana FESYEN. Tak salah kalau nak berfesyen macam hana tajima ke , maria elena ke , (memang sengaja nak bubuh nama dorang sebab dorang pakai tak tiru siapa pun dahlah cantik. Amboi, overnya aku). Lepastu tengok jelah, dari yang seksi bagai nak rak tu, tetiba je nampak dok lilit shawl kat kepala time outing. Haih, apekebendanyelah kan? Kalau nak cakap dorang pakai tudung sebab dah berubah(nak menutup aurat kononnya) memang agak susah nak diterimalah -_-" . Mentang mentang gaya lilit hana tajima dah meletup letup pop pop dan menjadi ikutan ramai wanita diluar sana tu. Dan SEGELINTIR WANITA ni konon kononnya mengikut arus aliran fesyen kaaan. Okay, tetiba rasa jahat sangat sebab tulis macamni. manatahu sebenarnya dorang memang pakai tudung sebab dah terbukak hati nak menutup aurat kan? jahatnyaalah main cakap je macamni kan? Tujelah nak cakap hehe. Mintak maaf kalau post ni buat siapa siapa terasa. Tapi confirm takde org terasa punya sebab followers blog saya, semua saya kenal. Dan mereka ni bukanlah tergolong mcm segelintir perempuan yang MENUTUP AURAT KERANA FESYEN. Pelik bukan wanita zaman sekarang? renung renungkan dan selamat beramal.


*Please take note




The Scarflets :) 


Siapa tak kenal hana tajima nak kena cubit ni hehe. Hana kedua dari kiri dan sebelah kanan hana tajima pulak tu sueannajoe :)

Berfesyen sambil menutup aurat ke menutup aurat sambil berfesyen. See? :)





Saya pun bukanlah seorang yang menutup aurat dgn sempurna. Tapi saya tgh try panjang panjangkan mana yg pendek(tapi tak berjaya lagi :( sedih ),(labuhlabuhkan mana yang tak labuh(serious ni pun kadang kadang je buat), entahlaaa, sama samalah kita doakan ye. post kali ni macam aneh kan dari saya :)





2 comments:

  1. Depa sibuk pakai tudung macam Hana Tajima yea ?
    tapi dekat FB still upload gambar freehair.
    Apa function kan ? kan ?

    ReplyDelete
  2. Yaaa saya setuju :) tak paham kan org zaman sekarang?

    ReplyDelete